SEKOLAH LAYANG_LAYANG KIRI

Sunday, April 25, 2010




PERUTUSAN GURU BESAR

Tuesday, April 20, 2010


Tn Hj Rosli bin Mahamad Yunus

Guru Besar
SK Layang-Layang Kiri


Assalamualaikum wrt wbt Salam sejahtera kepada semua.

Saya melahirkan rasa kesyukuran kerana sehingga kini Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri telah mencipta pelbagai kejayaan yang membanggakan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru, kakitangan, ibu bapa, murid-murid dan seluruh warga S.K. Layang-Layang Kiri atas kerjasama yang diberikan dalam meningkatkan lagi pencapaian murid-murid sekolah ini.

Sebagai sebuah sekolah di luar bandar yang mana murid-muridnya adalah Melayu sepenuhnya, adalah menjadi kewajipan kita memastikan anak-anak bangsa kita terus maju seiring dengan tuntutan peredaran zaman. Saya menyeru seluruh keluarga pendidik agar terus menabur budi dan menyemai bakti meneruskan usaha murni ini dengan harapan martabat agama dan bangsa disanjung tinggi. Usaha yang tulus murni pasti ada ganjaran menanti.

Sekian, terima kasih.

PUSAT SUMBER SEKOLAH


PUSAT SUMBER SEKOLAH Sepatah Dua Kata Penyelaras Pusat Sumber

Menjadikan harapan pihak sekolah agar Pusat Sumber Sekolah ini menjadi nadi yang amat penting dalam menyemai sikap suka membaca dan seterusnya menanam perasaan kasih dan cinta terhadap ilmu. Untuk merealisasikan harapan ini, seluruh warga sekolah mencurahkan keringat dan bakti yang tidak berbelah bagi. Jasa dan budi semua pihak yang terlibat amat dihargai, semoga dibalas kebaikan oleh Illahi.

Objektif PSS

Menyampaikan maklumat terkini kepada guru-guru dan murid-murid. Menyediakan kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Menggalakkan murid membaca dan melakukan aktiviti yang meningkatkan ilmu dan potensi diri.


Visi PSS 
Pusat perkembangan akademik, sahsiah dan jati diri.

Misi PSS
Merealisasikan kecemerlangan dan keunggulan PSS.


Matlamat PSS
Melahirkan warga sekolah yang berilmu dan berketrampilan dalam proses menuntut ilmu.

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH Usaha Kunci Kejayaan

Lagu/Lirik : Khushariry

Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri
Adalah sekolah kami
Di sini kami menimba ilmu
Dunia dan akhirat
Kami berdoa kepada Allah
Dimohon berkat
Supaya kmi semua
Dilimpahi rahmat
Usaha terus berusaha
Itu yang kami janjikan
Apa yang kami pinta
Ialah kejayaan

Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri
Adalah sekolah kami
Di sini sekolah kami
Dunia dan akhirat
Sekolah yang kami cinta
Yang kami puja, yang kami bangga
Majulah terus maju
Kami kenang jasamu.


LENCANA



Bingkai : Keadaan fizikal dan keupayaan manusia yang tidak sama.

Putih : Hati yang sentiasa bersih.

Merah : Sentiasa berani menghadapi cabaran.

Kuning : Setia kepad Raja dan Negara.
 


Kunci : Pembuka gedung bagi mendapatkan ilmu dan pengalaman.

Buku : Tempat pengumpulan dan penyimpanan ilmu dunia dan akhirat.

Bulatan Bunga : Sentiasa cergas, ceria dan bekerjasama
.

ANUGERAH

Antara peristiwa manis dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri ialah apabila dianugerahkan sekolah yang pencapaian lulus UPSR meningkat 100%. sekolah ini bukan lagi sekolah GARAP atau SPR.

FALSAFAH

Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri mendukung falsafah pendidikan negara iaitu :

Pendidikan di Malaysia adalah salah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan ihsan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

PRASARANA

Pusat Sumber Sekolah

 Jemputlah ke sekolah kami!





Taman di hadapan kelas dan bilik guru

PIBG

 Encik Fahmy Bin Hashim



Organisasi PIBG  

Yang Dipertua PIBG
En Fahmy b. Hashim

Naib Yang Dipertua
Pn Shatirah Bt Nawawi

Setiausaha
En. Mokhtar b. Shaari

Bendahari
En. Norizan b. Yusuf


Jawatankuasa

En. Jaafar

En. Mohd Aminuddin

En. Abdul Halim b Mahyuddin

En. Tajul Aris

Cik Hasni Rahayu bt. Mohd Zain

Pn. Harliza bt. Jamaluddin

Pn. Raihanah bt. Ghazalli

Pn. Mazian bt. Mior Mohd @ Said
  

KURIKULUM





AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM

Pengerusi
Tn. Hj. Mohamad Azizuddin b. Mohd Yusup

Naib Pengerusi
Cik Noor Hayana bt. Abd. Wahid

Setiausaha
Pn. Harliza bt. Jamaluddin

Jawatankuasa
Pn. Robiatul Adawiyah bt. Zamzuri
Pn. Normah bt. Idris
Pn. Raihanah bt. Ghazalli
Cik Hasni Rahayu bt. Mohd Zain
Pn. Norliyananingsih bt. Idris @ Ideris
En. Mokhtar b. Shaari
Cik Jamaliatulshuhaidah bt. Hj. Kamarudin
En. Norizan b. Yusuf
Cik Loveesal Kovil Pillai a/p Moses
Tn. Syed Zamahshari b. Syed Musa
Pn. Umi Nadrah bt. Abdul Latiff
En. Muhammad Hamidi Effendi b. M. Ghazali
Cik Zunainah bt. Kassim
En. Mohd Azhar b. Mohd Junuh
En. Muri b. Hamali
Pn. Umairah bt. Ismail

MISI DAN VISI

VISI SEKOLAH

"MURID CEMERLANG, SEKOLAH TERBILANG"

 MISI SEKOLAH

Melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang akademik dan kesukanan sehingga ke peringkat tertinggi.

Menghasilkan murid yang berakhlak mulia, bernilai murni, berdaya saing sebagai pemimpin akan datang.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, menarik dan selamat.

Mewujudkan silaturrahim yang berpanjangan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

SEJARAH SEKOLAH

Friday, April 16, 2010
Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri ini telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1896, dengan nama asalnya Sekolah Melayu Layang-Layang Kiri. Tapak sekolah adalah tempat sedia ada tetapi bangunannya terletak di tepi Sungai Perak. Bangunan asalnya yang diperbuat daripada kayu bulat dan beratap nipah telah didirikan secara gotong royong oleh penduduk-penduduk kampung. Seramai 30 orang murid dari Kampung Tanjung Medan hinggalah ke Kampung Tanjung Aur telah datang bersekolah di sini.
Pada tahun 1905 sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru berdinding tepas, beratap rembia. Nama sekolah telah ditukar menjadi Sekolah Umum Layang-Layang Kiri. Bangunan ini telah digunakan dengan mengalami pelbagai peubahan sehingga tahun 1979 apabila batu dua tingkat didirikan. Pada tahun 1926 murid-murid dari seberang sungai iaitu dari Kampung Layang-Layang Kanan datang bersekolah di sini. Pada ketika itu sebuah rumah guru telah didirikan bagi kemudahan guru yang mengajar di sini.
Pada tahu 1931 sebuah bangunan kekal dua tingkat bertiang batu, berdinding papan dan beratap genting telah didirikan bagi menampung murid yang semakin bertambah. Tiga buah rumah guru juga telah didirikan. Apabila bangunan ini siap, sekolah lama telah dijadikan Sekolah Perempuan Layang-Layang Kiri. Mulai dari tarikh itu wujudlah juga sekolah
Lelaki Layang-Layang Kiri. Mulai tahun 1938 sekolah ini juga telah dijadikan Sekolah Agama Islam pada waktu petang. Ia dikelolakan oleh Pejabat Agama Islam Perak.

Pada masa perang dunia kedua, iaitu pada tahun 1941, sekolah ini telah ditutup dan dijadikan markas tentera British. Apabila tentera British kalah sekolah ini telah dibuka semula dan diambil alih oleh tentera Jepun. Bahasa Jepun telah iajar di sekolah ini bersama mata pelajaran yang lain. Padang sekolah dijadikan ladang menanam padi, jagung dan ubi kayu serta sayur-sayuran.

Selepas Jepun menyerah diri, sekolah ini berjalan seperti biasa semula. Pada tahun 1948 sebuah bangunan mengandungi 2 bilik darjah telah didirikan bagi membolehkan mata pelajaran Urusan Rumah Tangga dijalankan. Pada tahun 1952 sekolah ini mencatat sejarah apabila sekolah perempuan dan sekolah lelaki telah dicantumkan. Murid-murid telah meningkat ke 200 orang. Mulai dari tarikh itu sekolah ini semakin berkembang dan semakin maju. Murid-muridnya terus bertambah hingga mencecah 400 orang.
Pada tahun 1978 sebuah bangunan baru dua tingkat telah didirikan menggantikan bangunan asal yang sudah terlalu uzur. Kantin juga telah didirikan. Bangunan rumah guru telah dirobohkan kerana sudah tidak digunakan lagi. Mulai tahun 1980 telah diwujudkan jawatan Guru Penolong Kanan bagi membantu Guru Besar mentadbir sekolah ini . Jawatan Kerani, Pembantu Pejabat, Jaga dan Pekerja Am juga dtelah diberikan.
Pada tahun 1990 sekolah ini telah dipilih menjadi Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Layang-Layang Kiri. Sebuah bangunan Pusat Sumber telah didirikan dengan kelengkapan yang canggih dan terkini. Sayangnya peranannya sebagai PKG sementara sahaja apabila peruntukan pengoperasianya tidak mencukupi. Perkhidmatannya ditamatkan 2 tahun kemudian.
Sehingga kini sekolah ini terus dan akan terus mencurahkan khidmat baktinya bagi mendidik anak-anak bangsa yang datang dari kampung-kampung berikut : -


- Kampung Tanjung Medan               - Kampung Teluk Manis
- Kampung Paloh                            - Kampung Selat
- Kampung Dusun Hulu                    - Kampung Dusun Hilir
- Kampung Parit Lapan                    - Kampung Parit Tujuh
- Kampung Parit Enam                     - Kampung Parit Lima








Bangunan asal sekolah ini masih ada dan digunakan oleh pihak sekolah