Sekolah Kebangsaan Layang-Layang Kiri ini telah diasaskan dan dibuka pada tahun 1896, dengan nama asalnya Sekolah Melayu Layang-Layang Kiri. Tapak sekolah adalah tempat sedia ada tetapi bangunannya terletak di tepi Sungai Perak. Bangunan asalnya yang diperbuat daripada kayu bulat dan beratap nipah telah didirikan secara gotong royong oleh penduduk-penduduk kampung. Seramai 30 orang murid dari Kampung Tanjung Medan hinggalah ke Kampung Tanjung Aur telah datang bersekolah di sini.
Pada tahun 1905 sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru berdinding tepas, beratap rembia. Nama sekolah telah ditukar menjadi Sekolah Umum Layang-Layang Kiri. Bangunan ini telah digunakan dengan mengalami pelbagai peubahan sehingga tahun 1979 apabila batu dua tingkat didirikan. Pada tahun 1926 murid-murid dari seberang sungai iaitu dari Kampung Layang-Layang Kanan datang bersekolah di sini. Pada ketika itu sebuah rumah guru telah didirikan bagi kemudahan guru yang mengajar di sini.
Pada tahu 1931 sebuah bangunan kekal dua tingkat bertiang batu, berdinding papan dan beratap genting telah didirikan bagi menampung murid yang semakin bertambah. Tiga buah rumah guru juga telah didirikan. Apabila bangunan ini siap, sekolah lama telah dijadikan Sekolah Perempuan Layang-Layang Kiri. Mulai dari tarikh itu wujudlah juga sekolah
Lelaki Layang-Layang Kiri. Mulai tahun 1938 sekolah ini juga telah dijadikan Sekolah Agama Islam pada waktu petang. Ia dikelolakan oleh Pejabat Agama Islam Perak.
Pada masa perang dunia kedua, iaitu pada tahun 1941, sekolah ini telah ditutup dan dijadikan markas tentera British. Apabila tentera British kalah sekolah ini telah dibuka semula dan diambil alih oleh tentera Jepun. Bahasa Jepun telah iajar di sekolah ini bersama mata pelajaran yang lain. Padang sekolah dijadikan ladang menanam padi, jagung dan ubi kayu serta sayur-sayuran.
Selepas Jepun menyerah diri, sekolah ini berjalan seperti biasa semula. Pada tahun 1948 sebuah bangunan mengandungi 2 bilik darjah telah didirikan bagi membolehkan mata pelajaran Urusan Rumah Tangga dijalankan. Pada tahun 1952 sekolah ini mencatat sejarah apabila sekolah perempuan dan sekolah lelaki telah dicantumkan. Murid-murid telah meningkat ke 200 orang. Mulai dari tarikh itu sekolah ini semakin berkembang dan semakin maju. Murid-muridnya terus bertambah hingga mencecah 400 orang.

Pada tahun 1978 sebuah bangunan baru dua tingkat telah didirikan menggantikan bangunan asal yang sudah terlalu uzur. Kantin juga telah didirikan. Bangunan rumah guru telah dirobohkan kerana sudah tidak digunakan lagi. Mulai tahun 1980 telah diwujudkan jawatan Guru Penolong Kanan bagi membantu Guru Besar mentadbir sekolah ini . Jawatan Kerani, Pembantu Pejabat, Jaga dan Pekerja Am juga dtelah diberikan.
Pada tahun 1990 sekolah ini telah dipilih menjadi Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Layang-Layang Kiri. Sebuah bangunan Pusat Sumber telah didirikan dengan kelengkapan yang canggih dan terkini. Sayangnya peranannya sebagai PKG sementara sahaja apabila peruntukan pengoperasianya tidak mencukupi. Perkhidmatannya ditamatkan 2 tahun kemudian.
Sehingga kini sekolah ini terus dan akan terus mencurahkan khidmat baktinya bagi mendidik anak-anak bangsa yang datang dari kampung-kampung berikut : -
- Kampung Tanjung Medan - Kampung Teluk Manis
- Kampung Paloh - Kampung Selat
- Kampung Dusun Hulu - Kampung Dusun Hilir
- Kampung Parit Lapan - Kampung Parit Tujuh
- Kampung Parit Enam - Kampung Parit Lima
Bangunan asal sekolah ini masih ada dan digunakan oleh pihak sekolah